Sebanyak 3,012 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pulau Pinang berbanding 144 kes yang dicatat dalam tempoh sama, tahun lepas.<br /><br />Menurut Exco Kerajaan Pulau Pinang Dr. Norlela Ariffin, sehingga minggu epid ke 21, jumlah kumulatif kes HFMD yang dilaporkan meningkat sebanyak 20 kali ganda.
